Sunday, April 3, 2011

Pelajar Cemerlang SPM 2010

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua pelajar cemerlang SPM 2010 SMK Parit Betak. Pencapaian anda akan menjadi motivasi bagi pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua tenaga pendidik dalam usaha mencapai keputusan ini.







Thursday, March 31, 2011

Hari Terbuka SMKPB

Kerjasama dan penglibatan antara guru dan ibubapa amat penting dalam memastikan kecemerlangan serta fokus pelajar berada tepat pada landasannya. Justeru, hari terbuka yang diadakan saban tahun merupakan peluang terbesar untuk merapatkan hubungan para guru dan ibubapa. Pada hari Jumaat yang permai kali ini, para pelajar bersama ibubapa mahupun penjaga masing-masing telah terlibat dalam hari terbuka.

Seawal jam 8 pagi, kenderaan ibubapa mula membanjiri perkarangan luar sekolah. Ibubapa dan penjaga dengan diringi para pelajar menuju ke dewan sekolah di mana sesi pertemuan dan perbincangan berlangsung. Sudah menjadi kelaziman, riak ceria dan bangga jelas terpancar pada wajah para pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang sebaliknya bagi pelajar yang kurang bernasib baik dalam peperiksaan diselubungi kesuraman dan perasaan berat hati untuk berjumpa para guru.


Para guru menjalankan tanggungjawab dengan efisien dan secara ikhlas memberikan dorongan, galakan serta teguran membina kepada para pelajar bagi menaikkan motivasi mereka sementelah masing-masing bakal menduduki peperiksaan awam yang dianggap besar dalam sistem persekolahan menengah di Malaysia iaitu PMR dan SPM. Ibubapa juga dilihat profesional dan terbuka dalam setiap perbincangan kerana mereka sedar dan percaya segala laporan guru berlandaskan fakta dan atas satu matlamat iaitu memperbaiki atau setidak-tidaknya mempertahankan tahap akademik dan kualiti anak masing-masing.


Peratusan ibubapa yang hadir juga meningkat dan ini merupakan petanda baik bagi keseluruhan warga SMKPB. Pihak pentadbiran juga mengambil langkah bijak dengan memberi peringatan serta menahan rekod keputusan peperiksaan para pelajar yang tidak hadir bersama ibubapa. Akhirnya, pada jam 12 tengahari guru-guru mula meninggalkan dewan.


Program yang antara lain bermatlamat untuk memaklumkan kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu bapa serta bersama-sama bertindak progresif untuk memajukan potensi diri pelajar bagi mencapai tahap cemerlang serta menyediakan diri pelajar yang berpotensi untuk lulus cemerlang ke arah persediaan lebih kompetitif ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Pelbagai program kerjasama PIBG sedang giat dirancang bagi memastikan mutu pelajar yang lahir dari SMKPB tidak akan dipandang sebelah mata oleh masyarakat setempat khasnya dan masyarakat global amnya.

Sunday, February 20, 2011

Maulidur Rasul SMKPB

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 19 February 2011 bermula pada jam 7.00 pagi para pelajar berkumpul didataran bestari sambil menunggu ketibaan ibubapa penjaga dan masuk kedewan sebelum majlis dijalankan.Majlis diserikan dengan persembahan pelajar dimulakan bacaan ayat suci Al-Quran, Berzanji dan Marhaban serta deklamasi Sajak. Seterusnya para pelajar dan ibubapa penjaga mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hj Za'ba bin Hj Abd Rauf dan sebelum pulang pelajar dan ibubapa penjaga dihidangkan dengan jamuan yang di sediakan.







Friday, February 11, 2011


Larian Perdana Mahkota adalah larian yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan dijalankan serentak pada 12/02/2011 disemua sekolah negeri Johor. Larian ini melibatkan pelajar,guru dan ibubapa penjaga yang juga ingin turut serta. Pihak sekolah mengambil peluang sempena larian ini untuk acara merentas desa bagi pelajar-pelajar. Manakala acara larian bagi IbuBapa, Guru serta PIBG pula akan berlari pada jarak tidak kurang dari 1KM. Larian ini amat bermakna bagi yang ingin menyertai kerana Pihak Jabatan akan memohon untuk didaftarkan didalam Malaysia Book Of Records.



skuad berbasikal..
Checkpoint...

Wednesday, January 26, 2011

Struktur Organisasi SMKPB




PENGETUA : Pn Hjh Saedah Bt Sariyan

GPK 1 : Pn Hjh Ruziati Bt Husin
GPK HEM : En Harmali Johari
GPK KOKO : Pn Hjh Noreha Bt Asmuni

Ketua Bidang :-

Bahasa : Pn Siti Sarah Bt Tajuddin
Sains dan Matematik : Tn Hj Razif B Mohd Nong
Kajian Kemasyarakatan : Tn Hj Mohd Noh B Bilah
Vokasional : Pn Hafizoh Bt Abd. Hamid

Thursday, July 16, 2009

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak adalah sebuah institusi pendidikan yang sedang berkembang maju selaras dengan aspirasi negara dan hasrat penduduk tempatan yang ingin menempah kejayaan dari kejauhan ini. : Syabas SMKPB .

Kami ingin memberitahu dunia bahawa di sudut Daerah Pontian, Johor ini kami di SMKPB terus berusaha mendukung cita-cita anak bangsa untuk maju seiring dengan institusi-institusi pendidikan yang lain dan meraih kejayaan demi kejayaan di bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Sejak lima tahun kebelakangan ini kami sedang menjulang nama SMKPB dengan pencapaian terbaik akademik sekolah luar bandar di Pontian.

Dalam era globalisasi masa kini SMKPB tidak ketinggalan menggarap kemajuan ini dengan memberi peluang yang terbuka luas untuk anak-anak didik mengakses maklumat dari dunia tanpa sempadan ini demi kemajuan dalam segenap lapangan. SMKPB, Namamu Kujulang Tinggi.